Subscribe Now: Feed Icon

Friday, November 26, 2010

SET ALAT BANTU MENGAJAR PERTAMA







Salah satu alat atau bahan bantu mengajar saya yang pertama adalah 2 bekas kosong sama saiz yang diubahsuai dari botol minuman dan 2 bekas air yang tidak sama saiz. Bekas yang sama saiz adalah bertujuan untuk dijadikan alat pengukur bagi menentukan perbezaan isipadu 2 cecair.

         Bagi memudahkan murid melihat dan membezakan isipadu cecair, saya menggunakan cecair yang berwarna iaitu cecair berwarna merah dan cecair berwarna biru . Set bahan bantu mengajar ini boleh digunakan untuk mengajar murid yang lemah, galus dan cerdas atau bijak. Apa yang membezakan dalam pengajaran saya yang menggunakan BBM pertama ini adalah bikar 200ml, dimana bikar tersebut digunakan untuk mengajar murid yang cerdas tambahan sub kemahiran mengukur isipadu cecair.

         Bagi pelajar yang lemah, guru juga boleh menggunakan bikar 200ml sebagai alat pengukuran, tetapi bukan lah untuk mengajar mereka mengukur dalam unit piawai. Cukuplah sekadar menggunakan bikar sebagai alat pengukur bukan piawai. dalam erti kata yang lain, murid yang lemah mengukur kuatiti air berdasarkan bilangan bikar bukan pada bacaan bikar. Kebaikannya, walaupun kita tidak mengajar mengukur isipadu cecair dalam unit mililiter, murid yang lemah akan ukuran-ukuran yang terdapat pada bikar tersebut. Dan ini sedikit sebanyak akan memberi persediaan awal, atau permulaan dalam pembelajaran membaca ukuran pada bikar kelak.

          Untuk penerangan lebih lanjut, sila lihat rancangan pengajaran saya yang menggunakan ABM set pertama terhadap pelajar yang lemah dan pelajar yang cerdas.

No comments:

Post a Comment