Subscribe Now: Feed Icon

Friday, November 26, 2010

KEKELIRUAN KANAK-KANAK DALAM PERBANDINGAN ISIPADU CECAIR


Dalam menganggarkan dan membanding-beza isipadu cecair, kebiasaannya kanak-kanak akan membuat kesilapan dengan menyangkakan bekas yang tinggi mempunyai isipadu yang lebih dari bekas yang memanjang. Dalam menyelesaikan kesalahan tafsiran ini, guru perlu menjelaskan bahawa tetinggian bekas bukanlah penentu isipadu atau kuantiti cecair di dalamnya. Guru perlu bijak menyusun penerangan-penerangannya dengan bahan bantu pengajaran atau eksperimen-eksperimen yang tertentu.  
Menurut Sobri (2000), dalam sebuah tesis seorang mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia, Nur Baizura Binti Mahyidin (2006:5) menyatakan bahawa terdapat tiga kepentingan alat bantu mengajar iaitu:
1.       Membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya memainkan peranan sebagai membantu tugas guru di dalam menerangkan isi pelajaran.
2.         Mengawal disiplin pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku.
3.         Mengurangkan kebosanan pelajar semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran.

No comments:

Post a Comment