Subscribe Now: Feed Icon

Friday, November 26, 2010

Pengajaran Murid Cerdas - ABM ke 2 - Isipadu Cecair Tahun 2


Tajuk                              
Isipadu Cecair

Objektif                          
Pada akhir pengajaran murid akan dapat: 
i. Mengukur isipadu cecair dengan menggunakan unit ukuran bukan standard paiwai dan standard paiwai.

Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran, murid dapat:

i.  Mengukur isipadu cecair dalam unit ukuran standard paiwai, dan bukan standard piawai.
ii. Dapat membuat perbandingan antara 2 isipadu cecair.


Alatan:
Bikar penyukat, 6 cawan, 2 bekas air

Pengetahuan sedia ada:
Murid telah menguasai istilah "lebih banyak", "lebih sedikit", "separuh" dan "penuh", membaca ukuran cecair pada silinder penyukat.

KBKK : Banding-beza

Nilai     : Displin dan Berkerjasama


LANGKAH-LANGKAH :
Set Induksi :
1.      Guru mempamirkan slaid cara mengukur isipadu cecair.
2.      Sesi soaljawab guru dengan murid.

Perkembangan Pengajaran Dan Pembelajaran:
1.      Murid diberi radas iaitu seperti gambar rajah dibawah.





2.      Murid diminta menyatakan kuantiti air yang manakah lebih banyak.
3.      Murid murid diminta menuang air kedalam cawan-cawan yang disediakan.




4.      Murid mencatat bilangan cawan bagi setiap bekas cecair.
5.      Murid diminta menyatakan air yang manakah lebih banyak berdasar perbandingan bilangan cawan..



6.      Murid diminta menuang kesemua air dalam bekas penyukat mengikut warna air.



7.      Murid membuat perbandingan berdasarkan bacaan isipadu cecair.



8.      Murid diminta membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian dan hasil dapatan eksperimen.
9.      Murid diberi latihan pengukuhan.
Penutup : 
            1.  Guru membuat soaljawab tentang isipadu.  

Video Sebahagian daripada Pengajaran dan Pembelajaran



No comments:

Post a Comment