Subscribe Now: Feed Icon

Friday, November 26, 2010

Pengajaran Murid Lemah - Set ABM Pertama - Isipadu Cecair


Tajuk :
Isipadu Cecair

Objektif  : 
Pada akhir pengajaran murid akan dapat:

i.  Mengukur isipadu cecair dengan menggunakan ukuran bukan standard paiwai.
ii. Membandingkan 2 isipadu cecair secara terus.

Hasil Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran murid dapat membandingkan isipadu dua cecair secara perbandingan terus.


Alatan : 
2 bekas air yang tidak sama saiz, 2 bekas kosong yang sama saiz.

Pengetahuan sedia ada: 
Murid telah menguasai istilah "lebih banyak", "lebih sedikit", "separuh" dan "penuh".


Langkah-Langkah :

Set Induksi:
1.   Guru mempamirkan slaid perbandingan isipadu air antara 2 bekas air dan cara mengukur isipadu cecair  dalam unti bukan piawai.
2.   Sesi soaljawab guru dengan murid.

Perkembangan Proses Pengajaran dan Pembelajaran:

   1. Murid diberi radas iaitu seperti gambar rajah dibawah.



   2. Murid diminta menganggarkan kuantiti air yang manakah lebih banyak.



   3. Murid murid diminta menuang air kedalam 2 bekas yang sama saiz.




   4. Murid diminta menyatakan air yang manakah lebih banyak.



   5. Guru menerangkan bahawa ketinggian bekas bukanlah penentu kuantiti air atau isipadu air.
   6. Murid diberi latihan pengukuhan.

Penutup:
  1. Guru menyoal murid tentang perbandingan isipadu.


Video Sebahagian Proses Pengajaran dan Pembelajaran




No comments:

Post a Comment