Subscribe Now: Feed Icon

Friday, November 26, 2010

PENGENALAN - ISIPADU CECAIR


Mengikut Kamus Dewan Edisi Empat, isipadu ialah ukuran. Oleh itu pada pendapat saya, isipadu cecair adalah merujuk kepada jumlah atau kuantiti  cecair yang dapat memenuhi sesuatu bekas. Dalam bidang matematik, cecair diukur dalam 2 bentuk unit pengukuran iaitu unit piawai dan unit bukan piawai.

Unit piawai adalah seperti liter dan milliliter. Manakala bagi unit bukan piawai pula adalah seperti, setitik, secawan dan sebaldi. Unit bukan piawai adalah mengikut alat pengukurannya. Contohnya, jika sudu diguna sebagai alat ukuran, unitnya adalah setengah sudu, sesudu, dua sudu dan seterusnya. Unit-unit bukan piawai ini masih lagi digunakan pada hari ini. Contoh yang paling mudah ialah jumlah pengambilan ubat cecair dan sutakan beras untuk memasak nasi.

Dalam pendidikan disekolah, ilmu pengetahuan dan kemahiran mengukur isipadu cecair adalah amat penting untuk dikuasai oleh kanak-kanak.  Atas kesedaran ini, maka Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Pusat Perkembangan Kurikulum telah memasukkan “isipadu cecair” sebagai salah satu topik dalam matapelajaran matematik di tahun dua. Ini adalah untuk memastikan kanak-kanak dapat menguasai kemahiran mengukur isipadu cecair apabila mereka tamat di alam persekolahaan. 

Berikut adalah beberapa video cara mengukur isipadu cecair dalam unit standard piawai.
Berikut kedudukan mata semasa membaca ukuran pada silinder penyukat

No comments:

Post a Comment