Subscribe Now: Feed Icon

Monday, January 7, 2013

Sistem Nombor Asas 10

Nombor asas 10 adalah sistem penomboran yang kita guna pakai sekarang ini. Nombor asas 10 ini adalah diambil dari Sistem Penomboran Hindu-Arabic. Asalnya, sistem nombor ini dicipta oleh masyarakat Hindu dan dibawa ke Barat oleh masyarakat Arab. Sistem Hindu-Arabic ini telah diguna bagi menggantikan sistem penomboran Roman selepas para pengkaji dari Eropah menyelidiki karya para ahli matematik Arab pada abad kesebelas hingga abad ke tiga belas. Penggunaan sistem nombor ini adalah kerana sistem penomboran Egyptian dan Roman pada ketika itu agak kompleks untuk mewakili sesuatu nilai yang melebihi 10.


Sistem penomboran Hindi-Arabic kelihatan agak mudah dan sistematik dalam perwakilan simbol nombor-nombor yang besar daripada 10.

Sistem asas 10 mengandungi sepuluh simbol asas, yang dipanggil digit iaitu:
0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9

Setiap digit dalam system penomboran Hindi-Arab mempunyai dua fungsi:
  • Kedudukan digit dalam system penomboran mengandungi nilai tempat.
  • Setiap digit mempunyai nilai muka, iaitu nilai sebenar sesuatu digit.

Contohnya, dalam nombor 876, nilai tempatbagi 8 ialah ratus (iaitu lapan ratus), nilai tempat bagi 7 ialah puluh (iaitu tujuh puluh) dan nilaitempat bagi 6 ialah sa (iaitu enam).

Nilai tempat dalam sistem ini berasaskan kuasa 10, seperti ditunjukkan di bawah:


Nilai muka suatu nombor adalah tidak berubah. Nilai muka bagi 8, tetap lapan, walaupun 8 terletak pada nilai tempat ratus


Oleh itu, kita boleh menulis nombor 876 ini dalam bentuk yang dicerakinkan atau dikembangkan berdasarkan nilai tempat seperti berikut:

8 x 100  +  7 x 10  +  6 x 1

atau (untuk pelajar sekolah menengah )



dan kini kedua-dua ini diterjemahkan dalam ayat yang lebih mudah difahami iaitu

800 + 70 + 6


.

No comments:

Post a Comment