Menurut Nani dan Rohani (2004) dalam Panduan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah, urutan perkembangan pembelajaran Matematik melalui tiga tahap iaitu tahap konkrit, gambar dan seterusnya tahap simbol. Sama seperti Teori Perkembangan Kognitif Bruner yang mempunyai tiga peringkat iaitu enaktif, ikonik dan simbolik.
Dalam kemahiran perbundaran nombor bulat adalah sukar untuk saya menerangkan kepada pelajar tahun 3 dan tahun 4. Mungkin kerana mereka tidak nampak dimana penggunaan kemahiran perbundaran dalam kehidupan seharian. Pada permulaannya, saya telah cuba membuat hubungkait antara aktiviti penawaran harga barang semasa membeli barang kedai dengan perbundaran, tetapi mereka masih kabur...
Pada hari berikutnya, saya kaitkan gagal-lulus dalam peperiksaan dengan perbundaran. Teknik Visuallisasi digunakan dalam aktiviti tersebut.
Dalam aktiviti tersebut saya memamparkan visual seperti dibawah;
Andaikan terdapat 9 soalan dalam peperiksaan.
Jika hanya 1 soalan sahaja daripada 9 soalan adalah betul, maka keputusannya adalah gagal.
Jika hanya 2 soalan sahaja betul, juga dikira gagal
Begitu juga dengan hanya betul 3 soalan atau 4 soalan, juga dikira sebagai gagal.
Ini bermakna bilangan soalan yang betul kurang daripada 5, ia dikira sebagai gagal. Manakala 5 soalan keatas, ia dikira sebagai lulus.
Hubungkait dengan Perbundaran.
Dalam perbundaran nombor pula, 1 ditambah pada digit tempat yang ingin dibundarkan sekiranya digit disebelah kanannya adalah 5 dan ke atas iaitu (5,6,7,8 atau 9).
Contoh Langkah Perbundaran.
Soalan: Bundarkan 5391 kepada puluh yang hampir.
1. Gariskan nilai tempat bagi puluh.
2. Lihat digit disebelah kanannya, iaitu 1
Disebabkan digit disebelah kanannya adalah 1 maka nombor ditempat yang ingin dibundarkan dikekalkan.
Maka apabila 5391 dibundarkan kepada puluh yang hampir, jawapannya adalah 5390.
Istilah "dikekalkan" juga boleh ditukar dengan istilah "tambah sifar" ( + 0 )
Contohnya;
Gariskan tempat nilai tempat yang ingin dibundarkan iaitu "puluh"
Lihat digit disebelah kanannya, iaitu 1
Disebabkan digit disebelah kanannya adalah 1 maka nombor ditempat yang ingin dibundarkan ditambah sifar ( + 0 )
Maka apabila 5391 dibundarkan kepada puluh yang hampir, jawapannya adalah 5390.
Sifir / Jadual Perbundaran.
Sifir Perbundaran digunakan untuk panduan pelajar melakukan proses perbundaran nombor bulat. Antara sifir atau jadual yang boleh digunakan adalah seperti dibawah;
Atau
Atau
Sebaik-baiknya, sifir-sifir perbundaran ini difahami dan dihafal
Video Tutorial yang diambil dari youtube
"as far as the laws of mathematics refer to reality, they are not certain; and as far as they are certain, they do not refer to reality" - Albert Einstein (14 March 1879 – 18 April 1955)
Terbaik untuk dikongsikan....
ReplyDelete