Subscribe Now: Feed Icon

Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Wednesday, November 30, 2016

Pencapaian TIMSS 2015 Meningkat



Pencapai­an negara dalam ma­ta pelajaran Matematik dan Sains menerusi ka­jian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2015 me­ningkat ber­ban­ding TIMSS 2011.

Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, Malaysia mencatat­kan skor Ma­tematik sebanyak 465 mata dan Sains sebanyak 471 mata dalam TIMSS 2015, berban­ding 440 mata bagi Matematik dan 426 mata bagi Sains dalam TIMSS 2011.

Beliau berkata, secara ke­se­lu­ruhan, 16 daripada 39 negara yang menyertai TIMSS 2015 mencatatkan peningkatan skor dalam mata pelajaran Sains dan lebih membanggakan Malaysia menca­tatkan peningkatan tertinggi iaitu 44 mata.

Keputusan TIMSS 2015

Kedudukan Malaysia Bagi Mata Pelajaran Matematik



 Kedudukan Malaysia Bagi Mata Pelajaran Sains



“Pencapaian yang bertambah baik itu telah meletakkan Malaysia pada kedudukan pertengahan dalam senarai negara peserta TIMSS.

“Penyertaan Malaysia dalam TIMSS sememangnya memberi manfaat yang sangat bermakna terutama dalam merancang dan menambah baik sistem pendidik­an negara untuk penyediaan mo­dal insan yang boleh bersaing di peringkat global,” katanya dalam sidang akhbar meng­umumkan La­poran TIMSS 2015, di sini hari ini.

Menurutnya, penyertaan Malaysia dalam TIMSS sejak 1999 bertujuan menilai prestasi pelajar sekolah menengah dalam kedua-dua mata pelajaran itu berban­ding negara lain, di samping menilai semula faktor tertentu yang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran.

“TIMSS memberi tumpuan kepada kurikulum sebagai faktor utama yang dapat menerangkan pencapaian pelajar daripada tiga perspektif iaitu hasrat, pelaksana­an dan pencapaian. Secara khususnya, model ini berkisar kepada apa yang telah dipelajari oleh pelajar menerusi bidang matematik dan sains serta cara pembelajar­an dan pengajaran di bilik darjah.

“Sampel TIMSS dipilih oleh Association for Evaluation of Educatio­nal Achievement (IEA) secara rawak berstrata yang me­rangkumi pelajar tingkatan dua, guru matematik dan sains serta pentadbir sekolah yang membabitkan lokasi tertentu, sekolah kerajaan dan swasta, jenis seko­lah dan Gred Purata Sekolah (GPS),” katanya.

Katanya, TIMSS 2015 telah dilakukan sejak 2013 ke atas 9,726 pelajar tingkatan dua daripada 207 sekolah di seluruh negara menerusi kaedah buku ujian dan soal selidik.

“Segala inisiatif yang diambil daripada penyertaan TIMSS anjuran IEA ini diharap dapat me­rea­lisasikan hasrat yang tercatat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,” katanya.

Mengulas mengenai sasaran kementerian untuk TIMSS 2019, Khair berkata, kementerian meletakkan sasaran untuk Malaysia mencatatkan 500 mata bagi ke­dua-dua mata pelajaran terlibat.

“Kementerian menggariskan enam inisiatif untuk menjayakan TIMSS 2019 iaitu jerayawara pencapaian TIMSS 2015, menggunakan kaedah eTIMSS; latihan profesionalisme guru; kemahiran pedagogi abad ke-21; pentaksiran dan juga penerbitan,” katanya.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pencapaian-timss-2015-meningkat-1.413972
http://nces.ed.gov/timss/

IPGKIK Bina Modul Pembelajaran Abad ke-21


Kementerian Pendidikan menerusi Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Il­mu Khas berkolaboratif dengan Utusan Malaysia membangunkan modul 10 minit perhimpunan pagi bagi membudayakan pem­belajaran abad ke-21 dalam kalang­an guru dan murid sekolah pada penggal persekolahan 2017.

Timbalan Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Dr. Norherani Moning berkata, modul ini akan memberi kefahaman yang lebih jelas berkaitan pembelajaran abad ke-21 yang bukan terlalu bergantung kepada kecanggihan teknologi tetapi lebih menitikbe­ratkan aspek pedagogi inklusif.

“Modul yang dibangunkan akan merangsang pembelajaran abad ke-21 secara bertema pada setiap minggu dengan memberi penekanan dalam aspek pemba­ngunan murid yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis menandatangani nota kerjasama an­ta­ra IPG Kampus Ilmu Khas dan Utusan Malaysia yang diwakili Pengarang Pendidikan, Wahid Hashim di institut itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Terdahulu, pensyarah IPG Kampus Ilmu Khas dan editor ma­ta pelajaran Unit Pendidikan Utusan Malaysia mengikuti bengkel membangunkan modul 10 minit perhimpunan pagi itu.

Pelaksanaan modul ini merupakan satu daripada medium bagi menjayakan program penjenamaan Isnin Hari Pembelajaran Abad Ke-21 yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pen­didikan dengan kerjasama Utusan Malaysia bermula penggal persekolahan akan datang.

Sebanyak 42 modul yang merentas subjek dan tahap persekolahan - rendah dan menengah - akan dibangunkan untuk dilaksanakan oleh pihak pentadbiran sekolah mengikut tema yang boleh disesuaikan dengan hari perayaan atau acara tertentu se­perti minggu sains, keusahawanan dan alam sekitar.

Menurut Norherani, modul ini sebagai pencetus dalam mewujudkan elemen keseronokan kepada murid bagi mengikuti pem­be­lajaran abad ke-21 di samping menyediakan persekitaran yang menyokong keperluan mereka untuk melaksanakannya.

“Pembelajaran abad ke-21 yang berfokus murid menerusi modul ini akan menerapkan nilai murni, memberi peluang mereka mengembangkan potensi diri dan menjadi pemikir di samping menggalakkan mereka sentiasa berdamping dengan masyarakat setempat,” jelasnya.

Format modul ini pelbagai antaranya termasuklah lakon pe­ranan, persembahan dan simulasi agar dapat memberikan impak positif yang berkekalan kepada semua murid secara inklusif tanpa mengira latar belakang sosial, tahap kepandaian, aliran perdana atau pendidikan khas dan juga Orang Asli.

Pembangunan modul ini turut menekankan elemen kemahiran berfikir aras tinggi terutama dalam aspek mengaplikasi dan mencipta yang akan dilakukan melalui tugasan berasaskan projek.

Sumber: http://www.utusan.com.my/pendidikan/modul-10-minit-rangsang-pembelajaran-abad-ke-21-1.413100

Saturday, June 25, 2016

Panduan Penggunaan Modul KiDT iTHINK


Alhamdulillah... bersyukur kehadrat Allah SWT

Setelah puas mencuba pelbagai cara akhirnya berjaya juga menghidupkan aplikasi KiDT iTHINK  di mygfl.moe.gov.my. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh cikgu jadikan panduan.

Terdapat 6 perkara yang anda perlukan bagi melaksanakan Kursus iThink Dalam Talian iaitu;

1. Laman web yang betul http://mygfl.moe.gov.my
2. Username iaitu nomber kad pengenalan anda
3. Password iaitu " password "
4. Browser mozilla firefox.
5. Java version 7 TM
6. Flash player.




Langkah-langkah memulakan KiDT iTHINK

1.  Pertama sekali anda perlu buang (uninstall) 3 aplikasi / perisian di komputer anda iaitu;

  • Mozilla firefox 
  • Java 
  • Adobe flash player

Cara uninstall adalah seperti berikut;

Klik Control Panel





Klik Programs and Features





Uninstall mozilla firefox 





Uninstall Java







Uninstall adobe flash player



Selesai kerja-kerja uninstall.... 






2. Pasang / install Browser mozilla firefox,  Java version 7 TM, dan Adobe Flash player.


Cara pasang / install Browser mozilla firefox

Pergi ke laman http://mygfl.moe.gov.my 
Scroll mouse anda ke bawah
Klik Download Mozilla Firefox pada kotak i-THINK User Instructions ATAU anda boleh terus klik ke link ini >>> http://mozilla.org/firefox




Setelah selesai proses download. Pasangkan (install) Browser mozilla firefox pada komputer anda. 



Cara Pasang Java version 7 TM

Pergi ke laman http://mygfl.moe.gov.my 
Scroll mouse anda ke bawah
Klik Download Java  pada kotak i-THINK User Instructions ATAU anda boleh terus klik ke link ini >>> http://mygfl.moe.gov.my/HelpWidget/assets/jre-7.exe




Setelah selesai proses download. Pasangkan (install) Java version 7 TM pada komputer anda.






Cara pasang / install Adobe flash player

Pergi ke laman http://mygfl.moe.gov.my 
Scroll mouse anda ke bawah
Klik Download Flash Plugin pada kotak i-THINK User Instructions ATAU anda boleh terus klik ke link ini >>> Adobe Flash Plugin


Setelah selesai proses download. Pasangkan (install)Adobe Flash Plugin pada komputer anda.






3. Pergi ke laman http://mygfl.moe.gov.my melalui Browser Mozilla Firefox




  • Taip nombor kad pengenalan anda
  • Taip perkataan 'password'
  • Klik Daftar Masuk









4. Bagi guru yang pertama kali masuk ke laman mygfl, paparan komputer anda akan tertera "syarat-syarat penggunaan ". Scroll mouse anda ke bawah dan klik 'Saya setuju"



5. Masukkan 'peringatan kata laluan' anda ( pastikan anda ingat jawapan anda )



6. Masukkan butiran peribadi anda. PASTIKAN email anda betul dan aktif ..... klik simpan







7. Aktifkan Plugin

Klik Tool
Klik Add Ons
Klik Plugins
Cari 'Java (TM) Platform se 7' dan pilih 'Always Activate'
Cari 'Shockwave Flash' dan pilih 'Always Activate'








8. Daftar iTHINK

Lihat pada kotak 'Notification'....
Klik MyLesson
Klik 'You have 1 available course(s)'



Klik  Register Courses seperti gambar rajah dibawah.


Klik Launch
( Untuk login kali kedua dan seterusnya anda hanya klik tab MyLesson seperti yang saya bulatkan dengan warna merah dan seterusnya klik Launch.)










9. Allow dan Remember Plugin pada Browser Mozilla Firefox anda.

Setelah anda klik launch, anda akan lihat paparan seperti dibawah. JANGAN KLIK START COURSE LAGI!!!!!


Jika anda terus klik Start Course, sistem ithink anda akan berpusing-pusing selama-lamanya.
Jadi yang penting perlu anda lakukan ialah seperti gambar dibawah.









10. Tukar Bahasa sistem KiDT iTHINK 

Untuk menukar bahasa Inggeris (English) kepada bahasa Malaysia, Klik Menu dan klik Language Selector seperti gambar dibawah.









PENTING

  • Jangan sesekali skip sebelum sesuatu penerangan dalam sistem KiDT selesai.




  • Tunggu hingga icon 'NEXT' berkelip-kelip



  • Dalam 1 modul anda perlu habiskan kesemua petak berwarna hijau. Masa kursus anda akan sia-sia, jika anda tutup atau 'Quit ' dipertengahan modul.




SELAMAT BERKURSUS SECARA ONLINE



Monday, September 28, 2015

Format Baharu UPSR 2016 bagi kertas Matematik


Mulai Tahun hadapan (2016) Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) memperkenalkan format baharu bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) dalam pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).


  • UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100 peratus peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya.
  • Diterapkan dengan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
  • Soalan objektif aneka pilihan kekal dengan 40 soalan
  • Soalan Subjektif dikurangkan kepada 15 soalan


Mana-mana pihak yang ingin melihat dan meneliti format serta contoh instrumen UPSR mulai 2016 boleh layari laman sesawang www.lp.edu.my