Subscribe Now: Feed Icon

Thursday, April 7, 2011

Permainan Catur Operasi


3.1       Catur Operasi.
Objektif : Mereka dapat menguasai kemahiran;
  1. Menambah 2 nombor bulat
  2. Menolak 2 nombor bulat
Bahan : papan Catur Operasi, kad arahan, kad penanda (token), kertas kosong, pensel.
Masa : Terpulang pada guru atau pemain.
Pengetahuan sedia ada murid: murid telah mempelajari dan menguasai kemahiran asas penambahan, penolakan, darab 1digit dengan 2digit dan bahagi

Gambar dibawah adalah papan catur yang saya cipta.



Antara alatan permaian ini adalah;
i.                    Papan catur
ii.                  Penanda (token)
iii.                Kad arahan
Memandangkan permainan tersebut adalah untuk digunakan pada murid tahun tiga, maka dalam penciptaan papan catur tersebut, saya memasukan elemen kartun yang diminati oleh kanak-kanak pada masa kini iaitu ‘Upin dan Ipin’. Menurut Rubin, Fein, Vandenberg dan Smilansky “kanak-kanak melakukan peran imajinatif memainkan tokoh yang dikenalnya melalui film kartun atau dongeng” (Laura E. Berk,1994). Untuk bermain permainan ini, papan catur tersebut boleh dicetak pada kertas. Kepelbagaian warna dimasukan pada kotak-kotak supaya murid tidak keliru, dan tidak cuba melakukan penipuan dengan mengubah kedudukan penanda (token).  
Setiap kotak-kotak tersebut saya memasukkan nombor dalam gandaan 10 kerana isi pelajaran yang hendak saya sampaikan adalah melibatkan jumlah hingga 1000. Guru-guru boleh menukar nombor-nombor tersebut mengikut objektif yang hendak dicapai dalam pembelajaran tersebut. Warna latar belakang yang berwarna hitam dimasukan supaya murid dapat melihat dengan jelas dan mudah memberi tumpuan semasa bermain.
Dalam permainan catur tersebut, saya menggunakan kad arahan (seperti gambar dibawah) sebagai syarat mengerakan penanda (token). 

Berikut adalah contoh-contoh kad arahan.

Dalam kad arahan ini mempunyai simbol operasi seperti “+” dan “ -  “. Simbol “+” adalah bermaksud bergerak kehadapan/menaik ( ascending) dan simbol “ -  “ bermaksud bergerak ke belakang/menurun (descending). 
Jika kad bertanda “ – 9 “ bermaksud murid perlu kebelakang sebanyak 9 mata. Bagi kad bertanda “ + 5” pula, bermaksud pelajar perlu bergerak kehadapan sebanyak 5 mata. Kad-kad ini lah yang menjadi isi pelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang dijalankan. Jika objektif pengajaran adalah menyesaikan masalah harian, guru hanya perlu menukar soalan pada kad arahan dengan memasukan soalan-soalan masalah harian.
            Permainan ini boleh dimainkan seberapa banyak pemain, walau bagaimanapun saya mencadangkan agar bilangan pemain adalah diantara 2 hingga 4 orang. Setiap pemain akan memilih penanda (token). Token yang saya bina juga diambil daripada watak “upin dan ipin” seperti dibawah.

Tujuan saya memasukan watak dalam permainan ini adalah untuk menarik minat kanak-kanak dan menambahkan lagi keseronokan bermain. Walau bagaimanapun guru boleh memilih atau mencipta penanda yang lain seperti gambar dibawah.



Bagi penanda ini pula, murid hanya memilih berdasarkan warna yang diminati bagi mewakili permainannya.
3.1.1    Cara bermain Catur Operasi.
1.      Murid membentuk beberapa kumpulan, setiap kumpulan mempunyai 2 hingga 4 orang murid.
2.      Setiap murid memilih kad penanda (token).
3.      Setiap murid diberi kertas kosong untuk menunjukan jalan pengiraannya.
4.      Kesemua kad diletakan secara tertutup pada tempat yang disediakan pada papan catur. ( petak yang bertanda “Tutup semua kad cabutan di sini”.)
5.      Setelah menetapkan giliran bermain, murid yang pertama akan mengambilkan 1 arahan dan kad penanda (token) digerakan mengikut jumlah pada kad arahan tersebut. Jumlah pada kad tersebut dicatat pada kertas sebagai rekod. Sebagai contoh, katakan murid pertama mendapat kad arahan “ +23”, murid tersebut akan mencatat “23” pada kertas dan meletakan kad penandanya pada petak yang bertanda “21-30” kerana petak yang bertanda “21-30” adalah untuk nilai 21 hingga 30. Pada pusingan kedua pula, jika murid tersebut mendapat kad “ -10”, murid akan menolak melakukan operasi tolak pada kerta iaitu “23-10 = 13” dank ad penanda diletakkan pada petak “11-20”.

Contoh permainan peserta pertama di pusingan pertama.


 
Langkah kedua bagi peserta pertama dipusingan kedua 

Begitu lah seterusnya.
1.      Pemenang boleh ditentukan dengan 2 cara iaitu;
a.       Siapa yang dapat menghabiskan permainan dikira sebagai pemenang.
b.      Siapa yang mendapat jumlah yang paling banyak dikira sebagai pemenang.

3.1.2    Objetif Permainan Catur Operasi.
Permainan catur ini adalah dibina supaya murid dapat mengukuhkan kemahiran;
  1. Menambah 2 nombor bulat
  2. Menolak 2 nombor bulat
Permainan ini saya cadangkan digunakan selepas habisnya topik bahagi sebagai pengukuhan bagi topik bahagi dan sebelumnya. Walau bagaimanapun, guru boleh menggunakan pada mana-mana topik dengan mengubah suai papan catur mengikut objektif pengajaran dikehedaki.

3.1.3    Kesan Permainan ‘Catur Operasi’ Terhadap Pembelajaran Pelajar.
Di dalam artikel Rochdi Simon.et.al. (2007), yang bertajuk “Model Permainan Di Sekolah Dasar Berdasarkan Pendekatan Dap (Developmentally Appropiate Practice)”,  Moyles (1991) menyatakan bahawa bermain merupakan proses pembelajaran yang melibatkan pikiran, persepsi, konsep, kemahiran sosial dan fisik. Selain itu bermain juga dikaitkan dengan ganjaran instrinsik dan kegembiraan.  Oleh itu, selain dari mengukuhkan kemahiran asas matematik, saya yakin dengan permainan catur operasi ini murid dapat keseronokan. Dengan ini secara tidak langsung murid akan melakukan pengiraan apabila mereka bermain permainan tersebut. Keseronokan inilah yang dapat menarik serta menanam minat murid terhadap matematik dan persepsi negatif terhadap matapelajaran matematik juga dapat diubah.
            Dalam aspek piskomotor pula, permainan catur memperkembangkan kordinasi motor halus mereka. Semasa bermain murid akan melakukan pergerakan seperti jari dan mata. Pada aspek kongnitif pula kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) dapat diperkembangkan kerana semasa bermain murid akan berfikir, membuat perbandingan, membuat anggaran, dan mengelas.  Selain itu nilai-nilai murni dapat dipupuk dalam permainan ini seperti berkerjasama, berdisplin (mematuhi peraturan mainan), toleransi, dan kepimpinan.
            Harapan saya agar permainan catur operasi menjadi satu altenatif dalam menarik minat pelajar terhadap matematik. Secara tidak disedari murid, ia juga adalah salah satu bentuk latih-tubi dalam kemahiran matematik. Sama ada disekolah mahu pun dirumah permainan catur operasi dapat dapat dimain dimana-mana sahaja.

1 comment: