Subscribe Now: Feed Icon

Wednesday, July 19, 2017

Soalan UPSR 2016

Koleksi Soalan UPSR 2016



Soalan UPSR 2016 Matematik Kertas 1 - Download

Soalan UPSR 2016 Matematik Kertas 2 - Download

Soalan UPSR 2016 Bahasa Melayu Kertas 1 - Download

Soalan UPSR 2016 Bahasa Melayu Kertas 2 - Download

Soalan UPSR 2016 Bahasa Inggeris Kertas 1 - Download

Soalan UPSR 2016 Bahasa Inggeris Kertas 2 - Download

Soalan UPSR 2016 Sains Kertas 1 - Download

Soalan UPSR 2016 Sains Kertas 2 - Download

Semoga dengan perkongsian ini menjadi panduan untuk guru membina item soalan mirip soalan UPSR sebenar.

Thursday, January 19, 2017

Cara Buat Link VLE Frog di Smartphone Yes Altitude


Setiap guru perlu mencapai KPI penggunaan VLE Frog yang ditetapkan oleh Kementerian Pedidikan Malaysia (KPM). Berikut adalah panduan untuk memudahkan guru-guru login VLE Frog di telefon pintar Yes Altitude.

Cara Buat Link VLE Frog 
di Smartphone Yes Altitude Anda


Klik Google Chrome yang terdapat di paparan telefon anda 



Taip alamat url VLE Frog Sekolah anda iaitu:
KOD SEKOLAH.1bestarinet.net

Masukkan id VLE Frog anda.

Masukkan password anda.




Sila berjumpa admin VLE sokolah jika anda gagal untuk login ke VLE Frog.

Apabila anda berjaya login, klik icon (3butang) seperti gambar di atas.


Cari dan klik "Add to Home screen"



Masukkan apa sahaja tajuk untuk memudahkan anda mengingati



icon VLE Frog anda siap dipasang 

Selamat mencuba...

Thursday, January 12, 2017

DSKP KSSR Tahun 1 Semakan 2017


Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) semakan 2017 diperkukuh dan disemak semula bagi memastikan kurikulum yang diterapkan sentiasa relevan dengan keperluan semasa serta sesuai dengan cabaran abad ke-21.

Berikut adalah Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) KSSR semakan 2017:

DSKP KSSR Matematik (SK) Tahun 1 Semakan 2017

DSKP KSSR Matematik (SJKC) Tahun 1 Semakan 2017

DSKP KSSR Matematik (SJKT) Tahun 1 Semakan 2017

DSKP KSSR Bahasa Melayu (SK) Tahun 1 Semakan 2017

DSKP KSSR Bahasa Melayu (SJK) Tahun 1 Semakan 2017

DSKP KSSR Bahasa Inggeris (SK) Tahun 1 Semakan 2017

DSKP KSSR Bahasa Inggeris (SJK) Tahun 1 Semakan 2017

DSKP KSSR Sains (SK) Tahun 1 Semakan 2017

DSKP KSSR Sains (SJKC) Tahun 1 Semakan 2017

DSKP KSSR Sains (SJKT) Tahun 1 Semakan 2017

DSKP KSSR Pendidikan Islam Tahun 1 Semakan 2017

DSKP KSSR Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tahun 1 Semakan 2017

DSKP KSSR Pendidikan Kesenian Tahun 1 Semakan 2017

DSKP KSSR Bahasa Kadazandusun Tahun 1 Semakan 2017

DSKP KSSR Bahasa Semai Tahun 1 Semakan 2017

DSKP KSSR Bahasa Arab Tahun 1 Semakan 2017

DSKP KSSR Moral (SK) Tahun 1 Semakan 2017

DSKP KSSR Moral (SJKC) Tahun 1 Semakan 2017

DSKP KSSR Moral (SJKT) Tahun 1 Semakan 2017

DSKP KSSR Bahasa Cina (SK) Tahun 1 Semakan 2017

DSKP KSSR Bahasa Cina (SJKC) Tahun 1 Semakan 2017

DSKP KSSR Bahasa Tamil (SK) Tahun 1 Semakan 2017

DSKP KSSR Bahasa Tamil (SJKT) Tahun 1 Semakan 2017


Petikan Akhbar:

PUTRAJAYA 19 Dis. - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) semakan 2017 diperkukuh dan disemak semula bagi memastikan kurikulum yang diterapkan sentiasa relevan dengan keperluan semasa serta sesuai dengan cabaran abad ke-21.

Ketua Sektor Dasar dan Penyelidikan, Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Naza Idris Saadon berkata, pelaksanaan KSSR semakan 2017 bertujuan untuk memastikan murid dipupuk dengan etika dan ke­rohanian dalam diri mereka sebagai persediaan untuk masa hadapan.
Beliau berkata, melalui KSSR semakan 2017, murid akan dilengkapi dengan kemahiran bagi menghadapi cabaran yang sentiasa berubah dalam arus kemajuan dengan meng­aplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang terdapat dalam sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

“Dalam tempoh pelaksanaan KSSR iaitu daripada 2011 hingga 2016, terdapat keperluan untuk menambah baik dan mengukuhkan kurikulum agar selari de­ngan saranan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, semakan itu juga telah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan.

“Pelaksanaan KSSR semakan 2017 akan dilaksanakan secara ber­peringkat bermula dengan murid tahun 1 pada tahun hadapan, transformasi atau semakan dila­kukan ke atas kandungan, pedagogi dan pentaksiran,” katanya.

Menurut Naza Idris, kandu­ngan KSSR semakan 2017 disusun semula dan ditambah baik untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan kemahiran dan nilai yang releven dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21.

“Pedagogi menekankan kepa­da pembelajaran secara menda­lam melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang ber­asaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), fokus diberikan kepada pembelajaran berasaskan inkuiri, penyelesaian masalah, pembelajaran konteks­tual, pembe­lajaran kolaboratif, pembelajaran berasaskan projek dan pendekatan STEM.

Pentaksiran dilaksanakan da­lam bentuk sumatif dan formatif secara berterusan untuk memastikan perkembangan dan pencapaian pembelajaran murid secara berterusan.

Selain itu katanya, perkemba­ngan dan pencapaian sebenar tahap penguasaan murid direkod dan dilaporkan secara deskriptif kepada murid dan juga ibu bapa.

Naza Idris berkata, reka bentuk kurikulum yang disemak semula masih berasaskan kesepaduan melalui enam tunjang bagi melahirkan insan yang seimbang dalam aspek intelek, rohani, emosi, jas­mani dan sosial yang berfikiran krea­tif, kritis dan juga inovatif.

Menurutnya, kesepaduan anta­ra enam tunjang diambil kira di peringkat penggubalan kurikulum dan dijelmakan semasa pelaksanaan kurikulum dengan tunjang tersebut ialah komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai.

“Tunjang komunikasi memberi penekanan kepada proses meng­aplikasi kemahiran berinteraksi dalam bentuk lisan dan bukan lisan, perkembangan fizikal dan estetika memberikan penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan serta tunjang kemanusiaan yang menekankan kepada kajian dan penguasaan ilmu.

“Tunjang keterampilan diri memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti dan kokurikulum, tunjang sains dan teknologi pula memberi penekanan kepada penguasaan ber­asaskan sains, matematik dan teknologi, manakala tunjang ke­rohanian terhadap sikap dan nilai untuk mengukuhkan penghayatan amalan agama,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berharap KSSR semakan 2017 dapat dilaksanakan dengan baik disamping persediaan yang cukup rapi dilakukan oleh guru-guru di sekolah rendah, untuk tujuan itu juga murid-murid turut dibekalkan dengan buku teks yang baharu sesuai dengan perubahan yang telah dibuat.

“Bagi prinsip kurikulum sekolah rendah, KSSR (semakan 2017) masih lagi mengekalkan semua prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), prinsip ini dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik. Oleh itu, pendekatan bersepadu menjadi tumpuan utama dalam penggubalan kurikulum,” katanya.

Sumber: http://www.utusan.com.my/pendidikan/kssr-pupuk-murid-hadapi-cabaran-semasa-1.421998



Wednesday, November 30, 2016

Pencapaian TIMSS 2015 Meningkat



Pencapai­an negara dalam ma­ta pelajaran Matematik dan Sains menerusi ka­jian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2015 me­ningkat ber­ban­ding TIMSS 2011.

Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, Malaysia mencatat­kan skor Ma­tematik sebanyak 465 mata dan Sains sebanyak 471 mata dalam TIMSS 2015, berban­ding 440 mata bagi Matematik dan 426 mata bagi Sains dalam TIMSS 2011.

Beliau berkata, secara ke­se­lu­ruhan, 16 daripada 39 negara yang menyertai TIMSS 2015 mencatatkan peningkatan skor dalam mata pelajaran Sains dan lebih membanggakan Malaysia menca­tatkan peningkatan tertinggi iaitu 44 mata.

Keputusan TIMSS 2015

Kedudukan Malaysia Bagi Mata Pelajaran Matematik



 Kedudukan Malaysia Bagi Mata Pelajaran Sains



“Pencapaian yang bertambah baik itu telah meletakkan Malaysia pada kedudukan pertengahan dalam senarai negara peserta TIMSS.

“Penyertaan Malaysia dalam TIMSS sememangnya memberi manfaat yang sangat bermakna terutama dalam merancang dan menambah baik sistem pendidik­an negara untuk penyediaan mo­dal insan yang boleh bersaing di peringkat global,” katanya dalam sidang akhbar meng­umumkan La­poran TIMSS 2015, di sini hari ini.

Menurutnya, penyertaan Malaysia dalam TIMSS sejak 1999 bertujuan menilai prestasi pelajar sekolah menengah dalam kedua-dua mata pelajaran itu berban­ding negara lain, di samping menilai semula faktor tertentu yang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran.

“TIMSS memberi tumpuan kepada kurikulum sebagai faktor utama yang dapat menerangkan pencapaian pelajar daripada tiga perspektif iaitu hasrat, pelaksana­an dan pencapaian. Secara khususnya, model ini berkisar kepada apa yang telah dipelajari oleh pelajar menerusi bidang matematik dan sains serta cara pembelajar­an dan pengajaran di bilik darjah.

“Sampel TIMSS dipilih oleh Association for Evaluation of Educatio­nal Achievement (IEA) secara rawak berstrata yang me­rangkumi pelajar tingkatan dua, guru matematik dan sains serta pentadbir sekolah yang membabitkan lokasi tertentu, sekolah kerajaan dan swasta, jenis seko­lah dan Gred Purata Sekolah (GPS),” katanya.

Katanya, TIMSS 2015 telah dilakukan sejak 2013 ke atas 9,726 pelajar tingkatan dua daripada 207 sekolah di seluruh negara menerusi kaedah buku ujian dan soal selidik.

“Segala inisiatif yang diambil daripada penyertaan TIMSS anjuran IEA ini diharap dapat me­rea­lisasikan hasrat yang tercatat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,” katanya.

Mengulas mengenai sasaran kementerian untuk TIMSS 2019, Khair berkata, kementerian meletakkan sasaran untuk Malaysia mencatatkan 500 mata bagi ke­dua-dua mata pelajaran terlibat.

“Kementerian menggariskan enam inisiatif untuk menjayakan TIMSS 2019 iaitu jerayawara pencapaian TIMSS 2015, menggunakan kaedah eTIMSS; latihan profesionalisme guru; kemahiran pedagogi abad ke-21; pentaksiran dan juga penerbitan,” katanya.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pencapaian-timss-2015-meningkat-1.413972
http://nces.ed.gov/timss/

IPGKIK Bina Modul Pembelajaran Abad ke-21


Kementerian Pendidikan menerusi Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Il­mu Khas berkolaboratif dengan Utusan Malaysia membangunkan modul 10 minit perhimpunan pagi bagi membudayakan pem­belajaran abad ke-21 dalam kalang­an guru dan murid sekolah pada penggal persekolahan 2017.

Timbalan Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Dr. Norherani Moning berkata, modul ini akan memberi kefahaman yang lebih jelas berkaitan pembelajaran abad ke-21 yang bukan terlalu bergantung kepada kecanggihan teknologi tetapi lebih menitikbe­ratkan aspek pedagogi inklusif.

“Modul yang dibangunkan akan merangsang pembelajaran abad ke-21 secara bertema pada setiap minggu dengan memberi penekanan dalam aspek pemba­ngunan murid yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis menandatangani nota kerjasama an­ta­ra IPG Kampus Ilmu Khas dan Utusan Malaysia yang diwakili Pengarang Pendidikan, Wahid Hashim di institut itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Terdahulu, pensyarah IPG Kampus Ilmu Khas dan editor ma­ta pelajaran Unit Pendidikan Utusan Malaysia mengikuti bengkel membangunkan modul 10 minit perhimpunan pagi itu.

Pelaksanaan modul ini merupakan satu daripada medium bagi menjayakan program penjenamaan Isnin Hari Pembelajaran Abad Ke-21 yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pen­didikan dengan kerjasama Utusan Malaysia bermula penggal persekolahan akan datang.

Sebanyak 42 modul yang merentas subjek dan tahap persekolahan - rendah dan menengah - akan dibangunkan untuk dilaksanakan oleh pihak pentadbiran sekolah mengikut tema yang boleh disesuaikan dengan hari perayaan atau acara tertentu se­perti minggu sains, keusahawanan dan alam sekitar.

Menurut Norherani, modul ini sebagai pencetus dalam mewujudkan elemen keseronokan kepada murid bagi mengikuti pem­be­lajaran abad ke-21 di samping menyediakan persekitaran yang menyokong keperluan mereka untuk melaksanakannya.

“Pembelajaran abad ke-21 yang berfokus murid menerusi modul ini akan menerapkan nilai murni, memberi peluang mereka mengembangkan potensi diri dan menjadi pemikir di samping menggalakkan mereka sentiasa berdamping dengan masyarakat setempat,” jelasnya.

Format modul ini pelbagai antaranya termasuklah lakon pe­ranan, persembahan dan simulasi agar dapat memberikan impak positif yang berkekalan kepada semua murid secara inklusif tanpa mengira latar belakang sosial, tahap kepandaian, aliran perdana atau pendidikan khas dan juga Orang Asli.

Pembangunan modul ini turut menekankan elemen kemahiran berfikir aras tinggi terutama dalam aspek mengaplikasi dan mencipta yang akan dilakukan melalui tugasan berasaskan projek.

Sumber: http://www.utusan.com.my/pendidikan/modul-10-minit-rangsang-pembelajaran-abad-ke-21-1.413100

Malaysia Sasar Kedudukan Terbaik Dalam TIMSS dan PISA


TIMSS dan PISA merupakan satu data untuk mengenal pasti tahap kemahiran dan pengetahuan pelajar bagi memberi peluang kepada sesebuah negara melakukan perancangan masa depan.

Malaysia menyasarkan untuk mencatat kedudukan terbaik dalam Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assesment (PISA) menjelang 2025.

Kedua-dua penandaarasan itu amat penting untuk negara menilai keberkesanan dasar pendidikan, sekali gus memberi ruang kepada penambahbaikan.

Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan, Dr. Ahmad Rafee Che Kassim berkata, negara memerlukan satu kayu ukuran untuk menilai potensi para pelajar berbanding negara lain menerusi kajian yang dikeluarkan oleh TIMSS dan PISA.

“Menerusi kajian itu, kita melakukan penambahbaikan pada setiap dasar pendidikan negara. Misalnya, penerapan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,” katanya.

Tambahnya lagi, hasil kedudukan negara dalam TIMSS dan PISA sebelum ini telah menunjukkan penurunan skor yang ketara . Ini telah mencetuskan pelbagai inisiatif untuk penambahbaikan kurikulum, pembelajaran dan pengajaran, latihan guru dan pentaksiran di peringkat kebangsaan.
“Misalnya setelah mengenal pasti kelemahan murid dalam aspek kemahiran KBAT, oleh itu kita te­lah memperbanyakkan unsur tersebut dalam kurikulum, soalan peperiksaan, kandungan buku teks dan profesional perguruan,” katanya.

Katanya lagi, bermula 2013, Kementerian Pendidikan menetapkan 20 peratus unsur KBAT dimasukkan dalam peperiksaan awam merentas semua mata pelajaran dan peratusannya meningkat pada tahun berikutnya.

Ahmad Rafee memaklumkan bahawa tindakan penambahbaikan lain yang diambil oleh pihak kementerian adalah pembangunan bahan sumber matematik dan sains di bawah aspek profesionalisme guru serta kandungan kemahiran pedagogi.

“Selain itu, pelaksanaan program Hayati Eksplorasi Berfikir Aras Tinggi (HEBAT ) sains dan matematik turut dilaksanakan menerusi kerjasama pihak kementerian dengan pakar-pakar dari universiti tempatan dan luar negara.

Tindakan ini untuk memastikan para pelajar kini bukan sahaja meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan tetapi mahu mereka mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian, katanya.

“Penyertaan Malaysia dalam TIMSS dan PISA memberi manfaat kepada perancangan menambah baik sistem pendidikan negara sejajar usaha menyediakan modal insan yang boleh bersaing di peringkat global.

“Pelbagai usaha yang diambil berdasarkan hasil kedua-dua kajian itu merupakan antara intipati PPPM 2013-2025.

“Dapatan pentaksiran ini telah mencetuskan perubahan yang komprehensif dan dinamik dalam sistem pendidikan negara menerusi dokumen penting ber­kenaan,” katanya.

“Kedua-dua penandaarasan ini merupakan satu data untuk mengenal pasti tahap kemahiran dan pengetahuan pelajar bagi memberi peluang kepada sesebuah negara melakukan perancangan pada masa depan.

“Malaysia tidak terkecuali dalam soal ini. Apabila kita mendapati skor menurun, Kementerian Pendidikan perlu melakukan satu usaha agar kualiti pendidikan negara tidak ketinggalan,” katanya.

Sumber: http://www.utusan.com.my/pendidikan/malaysia-sasar-kedudukan-terbaik-senarai-timss-dan-pisa-1.412027

Friday, August 12, 2016

Koleksi Soalan Percubaan UPSR Matematik 2016



Soalan Percubaan UPSR Matematik Negeri Johor  - Download

Soalan Percubaan UPSR Matematik Negeri Kedah - Download

Soalan Percubaan UPSR Matematik Negeri Sembilan - Download

Soalan Percubaan UPSR Matematik Negeri Pahang - Download

Soalan Percubaan UPSR Matematik Negeri Perak - Download

Soalan Percubaan UPSR Matematik Negeri Perlis - Download

Soalan Percubaan UPSR Matematik Negeri Pulau Pinang - Download

Soalan Percubaan UPSR Matematik Negeri Sabah - Download

Soalan Percubaan UPSR Matematik Negeri Sarawak - Download

Soalan Percubaan UPSR Matematik Negeri Selangor - Download

Soalan Percubaan UPSR Matematik Negeri Terengganu - Download

Soalan Percubaan UPSR Matematik Negeri Kelantan - Download

Soalan Percubaan UPSR Matematik Negeri Kuala Lumpur - Download

Soalan Percubaan UPSR Matematik Negeri Melaka - Download

Saturday, June 25, 2016

Panduan Penggunaan Modul KiDT iTHINK


Alhamdulillah... bersyukur kehadrat Allah SWT

Setelah puas mencuba pelbagai cara akhirnya berjaya juga menghidupkan aplikasi KiDT iTHINK  di mygfl.moe.gov.my. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh cikgu jadikan panduan.

Terdapat 6 perkara yang anda perlukan bagi melaksanakan Kursus iThink Dalam Talian iaitu;

1. Laman web yang betul http://mygfl.moe.gov.my
2. Username iaitu nomber kad pengenalan anda
3. Password iaitu " password "
4. Browser mozilla firefox.
5. Java version 7 TM
6. Flash player.




Langkah-langkah memulakan KiDT iTHINK

1.  Pertama sekali anda perlu buang (uninstall) 3 aplikasi / perisian di komputer anda iaitu;

  • Mozilla firefox 
  • Java 
  • Adobe flash player

Cara uninstall adalah seperti berikut;

Klik Control Panel





Klik Programs and Features





Uninstall mozilla firefox 





Uninstall Java







Uninstall adobe flash player



Selesai kerja-kerja uninstall.... 






2. Pasang / install Browser mozilla firefox,  Java version 7 TM, dan Adobe Flash player.


Cara pasang / install Browser mozilla firefox

Pergi ke laman http://mygfl.moe.gov.my 
Scroll mouse anda ke bawah
Klik Download Mozilla Firefox pada kotak i-THINK User Instructions ATAU anda boleh terus klik ke link ini >>> http://mozilla.org/firefox




Setelah selesai proses download. Pasangkan (install) Browser mozilla firefox pada komputer anda. 



Cara Pasang Java version 7 TM

Pergi ke laman http://mygfl.moe.gov.my 
Scroll mouse anda ke bawah
Klik Download Java  pada kotak i-THINK User Instructions ATAU anda boleh terus klik ke link ini >>> http://mygfl.moe.gov.my/HelpWidget/assets/jre-7.exe




Setelah selesai proses download. Pasangkan (install) Java version 7 TM pada komputer anda.






Cara pasang / install Adobe flash player

Pergi ke laman http://mygfl.moe.gov.my 
Scroll mouse anda ke bawah
Klik Download Flash Plugin pada kotak i-THINK User Instructions ATAU anda boleh terus klik ke link ini >>> Adobe Flash Plugin


Setelah selesai proses download. Pasangkan (install)Adobe Flash Plugin pada komputer anda.






3. Pergi ke laman http://mygfl.moe.gov.my melalui Browser Mozilla Firefox




  • Taip nombor kad pengenalan anda
  • Taip perkataan 'password'
  • Klik Daftar Masuk









4. Bagi guru yang pertama kali masuk ke laman mygfl, paparan komputer anda akan tertera "syarat-syarat penggunaan ". Scroll mouse anda ke bawah dan klik 'Saya setuju"



5. Masukkan 'peringatan kata laluan' anda ( pastikan anda ingat jawapan anda )



6. Masukkan butiran peribadi anda. PASTIKAN email anda betul dan aktif ..... klik simpan







7. Aktifkan Plugin

Klik Tool
Klik Add Ons
Klik Plugins
Cari 'Java (TM) Platform se 7' dan pilih 'Always Activate'
Cari 'Shockwave Flash' dan pilih 'Always Activate'








8. Daftar iTHINK

Lihat pada kotak 'Notification'....
Klik MyLesson
Klik 'You have 1 available course(s)'



Klik  Register Courses seperti gambar rajah dibawah.


Klik Launch
( Untuk login kali kedua dan seterusnya anda hanya klik tab MyLesson seperti yang saya bulatkan dengan warna merah dan seterusnya klik Launch.)










9. Allow dan Remember Plugin pada Browser Mozilla Firefox anda.

Setelah anda klik launch, anda akan lihat paparan seperti dibawah. JANGAN KLIK START COURSE LAGI!!!!!


Jika anda terus klik Start Course, sistem ithink anda akan berpusing-pusing selama-lamanya.
Jadi yang penting perlu anda lakukan ialah seperti gambar dibawah.









10. Tukar Bahasa sistem KiDT iTHINK 

Untuk menukar bahasa Inggeris (English) kepada bahasa Malaysia, Klik Menu dan klik Language Selector seperti gambar dibawah.









PENTING

  • Jangan sesekali skip sebelum sesuatu penerangan dalam sistem KiDT selesai.




  • Tunggu hingga icon 'NEXT' berkelip-kelip



  • Dalam 1 modul anda perlu habiskan kesemua petak berwarna hijau. Masa kursus anda akan sia-sia, jika anda tutup atau 'Quit ' dipertengahan modul.




SELAMAT BERKURSUS SECARA ONLINE



Monday, September 28, 2015

Format Baharu UPSR 2016 bagi kertas Matematik


Mulai Tahun hadapan (2016) Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) memperkenalkan format baharu bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) dalam pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).


  • UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100 peratus peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya.
  • Diterapkan dengan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
  • Soalan objektif aneka pilihan kekal dengan 40 soalan
  • Soalan Subjektif dikurangkan kepada 15 soalan


Mana-mana pihak yang ingin melihat dan meneliti format serta contoh instrumen UPSR mulai 2016 boleh layari laman sesawang www.lp.edu.my

Friday, January 3, 2014

Pencapaian Matematik Melayu: Masalah dan solusi



PROGRAM Penilaian Internasional tahun 2012 (Pisa) mengenai pencapaian 65 negara dalam bidang Matematik, Bacaan dan Sains untuk murid-murid berumur sekitar 15 tahun meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-52 dalam mata pelajaran Matematik.

Tempat yang pertama ialah Shanghai (China) diikuti Singapura, Hongkong, Taiwan, Korea Selatan, Macau, dan Jepun. Semuanya dari negara-negara berbangsa Cina atau dari negara yang serumpun dengannya.

Pencapaian Malaysia dalam Matematik walaupun terdapat sedikit kemajuan tetapi kita telah dikalahkan oleh Vietnam yang mendapat kedudukan ke-17, Turki ke-44, Kazakhstan ke-49 dan negara jiran kita Thailand pada kedudukan ke-50.

Apa yang menjadi persoalan negara kita telah memperuntukkan kewangan yang tinggi kepada Kementerian Pendidikan malah salah satu yang tertinggi di dunia kalau mengikut peratus GDP sesebuah negara tetapi malangnya kita dikalahkan oleh Vietnam dan Thailand yang pendapatan per kapita mereka adalah lebih rendah daripada negara kita.

Cuba bayangkan kalau penduduk Malaysia ini adalah terdiri dari orang Melayu, India, orang Asli, Bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja di manakah kedudukan Malaysia, tentu lebih rendah lagi.

Kajian yang pernah dibuat oleh  Jabatan Pendidikan di sebuah negeri pada tahun 1990-an mendapati pencapaian Matematik murid-murid Cina di sekolah kebangsaan (SK) dan pencapaian murid-murid Cina di sekolah Cina (SJKC) adalah lebih kurang sama.

Pelajar Cina dari kedua-dua aliran kebanyakannya mendapat gred A dalam keputusan UPSR dan peratus lulus melebihi 94 peratus.  Pada awal 1990-an pelajar Cina di sekolah kebangsaan (SK) masih lagi ramai dan perbandingan secara statistik masih boleh dilakukan.

Murid-murid Cina di sekolah kebangsaan ini kebanyakannya diajar oleh guru-guru Melayu.  Ini menunjukkan guru-guru Melayu memang boleh mendidik murid-murid mendapat gred yang baik dalam Matematik.

Di sekolah Cina juga cara pengajaran Matematik didapati seperti pengajaran guru-guru Melayu di sekolah kebangsaan.  Ini tidak menghairankan kerana mereka juga mendapat latihan yang sama iaitu di maktab-maktab penguruan Malaysia yang ada ketika itu.

Kemungkinan besar murid-murid Melayu kurang menyerlah dalam Matematik ialah kerana tiada galakan dari Ibu-bapa di rumah dan pendedahan mereka terhadap Matematik kebanyakannya hanyalah bermula pada tahun 1.

Saya percaya murid-murid Cina kebanyakannya telah didedahkan kepada subjek Matematik semasa mereka belum memasuki tahun 1 lagi sama ada di tadika swasta ataupun di rumah.

Sebenarnya, kita tidak tahu pencapaian Matematik murid-murid Melayu/Bumiputera kerana tidak pernah dikeluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Pihak Lembaga seharusnya mengeluarkan secara terperinci pencapaian Matematik penuntut Melayu/Bumiputera dari segi peratus lulus dan kepujian supaya orang Melayu mendapat kesedaran dan cuba memperbaikinya.

Saya percaya pencapaian kita jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan murid-murid Cina terutamanya di peringkat peperiksaan PMR dan SPM.

Saya ingin mencadangkan supaya anak-anak Melayu didedahkan kepada mata pelajaran Matematik di peringkat awal lagi ketika mereka berumur 3 atau 4 tahun.

Perkara ini bukanlah luar biasa kerana di negara maju seperti di Amerika Syarikat terdapat tadika yang mengajar Matematik dan bahasa kepada kanak-kanak pada umur tersebut malah lebih awal lagi.

Tadika seperti ini  menggunakan kaedah Glenn Doman dan didapati kanak-kanak yang belum mencapai umur 4 tahun telah menguasai mata pelajaran Matematik dan bahasa yang selalunya diajar kepada murid-murid yang berumur 6 tahun.

Glenn Dorman ialah seorang "Physical Therapist" dari Institute for the Achievement of Human Potential berpendapat otak manusia berkembang dengan cepat sejak dilahirkan sehingga berumur 5 tahun.

Selepas itu, otak manusia berkembang agak perlahan.  Itulah rasionalnya mengapa murid-murid yang berumur sekitar 3 tahun boleh diajar subjek Matematik dan bahasa dengan jayanya.

Oleh itu, saya juga ingin mencadangkan kepada Kementerian Luar Bandar dan Wilayah di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal agar pengajaran di Tadika Kemas mengikut kaedah Glenn Dorman supaya murid-murid kita yang kebanyakannya dari keluarga yang sosio-ekonominya rendah dapat didedahkan kepada subjek-subjek ini lebih awal lagi.

Umur pengambilan pelajar hendaklah diturunkan kepada mereka yang berumur 4 tahun.

Di sekolah kebangsaan (SK) pula, dicadangkan guru pembantu dibekalkan bagi kedua-kedua mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris jika kerajaan tidak mampu untuk membekalkan guru-guru pembantu kepada semua mata pelajaran.

Kelemahan murid-murid Melayu dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris terutamanya yang datang dari keluarga yang sosioekonominya rendah akan mendatangkan masalah ketidakseimbangan dan melebarkan jurang ekonomi di kalangan orang Melayu dan Bumiputera itu sendiri.

Jika mereka ini tidak mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris tentu sekali mereka tidak boleh memasuki Universiti Kerajaan.  Mereka juga tidak boleh mendapat pekerjaan yang baik malah GLC yang dikuasai oleh orang Melayu juga tidak akan memberi pekerjaan kepada mereka.

Sekarang sudah nampak tanda-tanda menunjukkan orang Melayu dari sosioekonomi yang rendah bertambah susah untuk membaiki taraf kehidupan mereka yang berpunca dari kelemahan mereka menguasai mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris.

Dahulu orang Melayu kebanyakannya menaikkan taraf sosioekonomi mereka melalui pendidikan.  Tanpa Matematik, orang Melayu tidak boleh menguasai Sains di tahap yang tinggi.

Diaspora Melayu juga tidak mungkin berlaku disebabkan kelemahan orang Melayu menguasai Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains.

Dalam bidang perniagaan kita sudah sedia maklum apabila kita lihat di sekeliling kita susah untuk kita melihat perniagaan orang Melayu yang bertaraf sederhana dan ke atas.

Kelemahan orang Melayu dalam mata pelajaran terutamanya Matematik dan Bahasa Inggeris mungkin juga berkait rapat dengan taraf kesihatan dan pemakanan mereka yang rendah.  Ini juga hendaklah dapat diatasi oleh pihak yang berwajib dan bukan terletak di bahu Kementerian Pendidikan semata-mata.

Dari pengalaman saya sebagai pendidik selama 32 tahun, saya percaya masalah kelemahan orang Melayu dalam pelajaran khususnya Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains boleh diatasi.

Masalah orang Melayu yang paling susah untuk diatasi ialah untuk menghapuskan kepercayaan karut yang sudah turun-temurun tersemat di jiwa mereka.

Tambahan pula sekarang ini banyak perkara yang tidak betul dilabelkan sebagai Islamik dan orang Melayu tanpa usul periksa menerimanya sebagai satu kebenaran.  Mengatasi kelemahan orang Melayu dalam Matematik adalah lebih mudah. -Sumber: SH