Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) semakan 2017 diperkukuh dan disemak semula bagi memastikan kurikulum yang diterapkan sentiasa relevan dengan keperluan semasa serta sesuai dengan cabaran abad ke-21.
Berikut adalah Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) KSSR semakan 2017:
DSKP KSSR Matematik (SK) Tahun 1 Semakan 2017
DSKP KSSR Matematik (SJKC) Tahun 1 Semakan 2017
DSKP KSSR Matematik (SJKT) Tahun 1 Semakan 2017
DSKP KSSR Bahasa Melayu (SK) Tahun 1 Semakan 2017
DSKP KSSR Bahasa Melayu (SJK) Tahun 1 Semakan 2017
DSKP KSSR Bahasa Inggeris (SK) Tahun 1 Semakan 2017
DSKP KSSR Bahasa Inggeris (SJK) Tahun 1 Semakan 2017
DSKP KSSR Sains (SK) Tahun 1 Semakan 2017
DSKP KSSR Sains (SJKC) Tahun 1 Semakan 2017
DSKP KSSR Sains (SJKT) Tahun 1 Semakan 2017
DSKP KSSR Pendidikan Islam Tahun 1 Semakan 2017
DSKP KSSR Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tahun 1 Semakan 2017
DSKP KSSR Pendidikan Kesenian Tahun 1 Semakan 2017
DSKP KSSR Bahasa Kadazandusun Tahun 1 Semakan 2017
DSKP KSSR Bahasa Semai Tahun 1 Semakan 2017
DSKP KSSR Bahasa Arab Tahun 1 Semakan 2017
DSKP KSSR Moral (SK) Tahun 1 Semakan 2017
DSKP KSSR Moral (SJKC) Tahun 1 Semakan 2017
DSKP KSSR Moral (SJKT) Tahun 1 Semakan 2017
DSKP KSSR Bahasa Cina (SK) Tahun 1 Semakan 2017
DSKP KSSR Bahasa Cina (SJKC) Tahun 1 Semakan 2017
DSKP KSSR Bahasa Tamil (SK) Tahun 1 Semakan 2017
DSKP KSSR Bahasa Tamil (SJKT) Tahun 1 Semakan 2017
Petikan Akhbar:
PUTRAJAYA 19 Dis. - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) semakan 2017 diperkukuh dan disemak semula bagi memastikan kurikulum yang diterapkan sentiasa relevan dengan keperluan semasa serta sesuai dengan cabaran abad ke-21.
Ketua Sektor Dasar dan Penyelidikan, Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Naza Idris Saadon berkata, pelaksanaan KSSR semakan 2017 bertujuan untuk memastikan murid dipupuk dengan etika dan kerohanian dalam diri mereka sebagai persediaan untuk masa hadapan.
Beliau berkata, melalui KSSR semakan 2017, murid akan dilengkapi dengan kemahiran bagi menghadapi cabaran yang sentiasa berubah dalam arus kemajuan dengan mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang terdapat dalam sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
“Dalam tempoh pelaksanaan KSSR iaitu daripada 2011 hingga 2016, terdapat keperluan untuk menambah baik dan mengukuhkan kurikulum agar selari dengan saranan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, semakan itu juga telah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan.
“Pelaksanaan KSSR semakan 2017 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan murid tahun 1 pada tahun hadapan, transformasi atau semakan dilakukan ke atas kandungan, pedagogi dan pentaksiran,” katanya.
Menurut Naza Idris, kandungan KSSR semakan 2017 disusun semula dan ditambah baik untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan kemahiran dan nilai yang releven dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21.
“Pedagogi menekankan kepada pembelajaran secara mendalam melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), fokus diberikan kepada pembelajaran berasaskan inkuiri, penyelesaian masalah, pembelajaran kontekstual, pembelajaran kolaboratif, pembelajaran berasaskan projek dan pendekatan STEM.
Pentaksiran dilaksanakan dalam bentuk sumatif dan formatif secara berterusan untuk memastikan perkembangan dan pencapaian pembelajaran murid secara berterusan.
Selain itu katanya, perkembangan dan pencapaian sebenar tahap penguasaan murid direkod dan dilaporkan secara deskriptif kepada murid dan juga ibu bapa.
Naza Idris berkata, reka bentuk kurikulum yang disemak semula masih berasaskan kesepaduan melalui enam tunjang bagi melahirkan insan yang seimbang dalam aspek intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial yang berfikiran kreatif, kritis dan juga inovatif.
Menurutnya, kesepaduan antara enam tunjang diambil kira di peringkat penggubalan kurikulum dan dijelmakan semasa pelaksanaan kurikulum dengan tunjang tersebut ialah komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai.
“Tunjang komunikasi memberi penekanan kepada proses mengaplikasi kemahiran berinteraksi dalam bentuk lisan dan bukan lisan, perkembangan fizikal dan estetika memberikan penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan serta tunjang kemanusiaan yang menekankan kepada kajian dan penguasaan ilmu.
“Tunjang keterampilan diri memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti dan kokurikulum, tunjang sains dan teknologi pula memberi penekanan kepada penguasaan berasaskan sains, matematik dan teknologi, manakala tunjang kerohanian terhadap sikap dan nilai untuk mengukuhkan penghayatan amalan agama,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut berharap KSSR semakan 2017 dapat dilaksanakan dengan baik disamping persediaan yang cukup rapi dilakukan oleh guru-guru di sekolah rendah, untuk tujuan itu juga murid-murid turut dibekalkan dengan buku teks yang baharu sesuai dengan perubahan yang telah dibuat.
“Bagi prinsip kurikulum sekolah rendah, KSSR (semakan 2017) masih lagi mengekalkan semua prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), prinsip ini dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik. Oleh itu, pendekatan bersepadu menjadi tumpuan utama dalam penggubalan kurikulum,” katanya.
No comments:
Post a Comment